neurosurgeri, pemantauan neurofisiologi intrabedah

THIS NEUROSURGICAL SITE IS MULTILINGUAL IN  HOMEPAGE BUT THE WHOLE WEBSITE IS IN ENGLISH

Arabic Chinese Dutch English French German Hindi Italian Japanese alt alt Polsky Portuguese Russian Spanish Turkish
SEBAGAI MENGINGATI GURU YANG TERHEBAT

Download flash player please! Download quicktime please!Load windows player please!Load Real player please!http://www.abeltronica.com

NEUROSURGERI

Laman web ini ditujukan terutamanya kepada khalayak perubatan dan juga pakar bedah, ia bertujuan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti pembedahan dan akademik oleh Prof. Munir. A. Elias Shawash selama lebih 30 tahun. Di sini pakar bedah otak boleh mendapat piawaian dan pengubahsuaian yang terbaru bagi strategi rawatan untuk paraplegia, ketumbuhan otak, kecederaan saraf tunjang, kecederaan kepala, strategi pengurusan kesakitan, termasuk etiologi sakit saraf yang berbeza, gangguan pergerakan. Pakar bedah otak memerlukan suatu kaedah yang sangat lama untuk memahami bahawa pengalaman ini adalah penting dalam bidang perubatan - neurosurgeri. Neurosurgeri mempunyai strategi membuat keputusan yang sensitif masa. Ia dikawal oleh status pesakit yang berubah dengan pantas. Pakar bedah mesti bertindak dengan sewajarnya pada masa ini. Beliau mestilah mampu untuk meramal, atau sekurang-kurangnya perlu mengingat komplikasi yang mungkin berlaku, dan bertindak dengan berhati-hati untuk mengelakkannya daripada meningkat. Dokumentasi video intrabedah yang dihasilkan ini membolehkan kita menganalisis secara retrospektif untuk mencari beberapa punca komplikasi.

Di sini bermulanya kuasa pemantauan intrabedah menggunakan saluran IOM ISIS HighLine 32 dengan semua parameter yang tersedia, yang boleh memberi amaran tentang anjakan fungsi sebelum ia menjadi bencana yang besar dan juga agar dapat mengambil langkah-langkah yang sesuai sebelum ianya menjadi kerosakan yang tidak boleh dipulihkan lagi.

Neuroanestesia adalah asas bagi navigasi yang betul bagi pemantauan sedemikian untuk menjadikannya lebih mudah dilaksanakan dan untuk membimbing pesakit ke arah margin yang selamat sehingga dia berjaya melepasi detik-detik kritikal pembedahan.

Navigasi morfologi intrabedah menggunakan BrainLab Skyvision dengan MRI dengan standard yang tertinggi yang ada bersama semua perisian, membuatkan pakar bedah lebih mengetahui dan dapat melihat kesemua data untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pentero-C bukan hanya sebuah mikroskop, ia memberikan pakar bedah otak kuasa untuk melihat apa yang beliau tidak mampu untuk lihat sebelum ini.

Tahun-tahun yang terakhir di Hospital Shmaisani, navigasi neurofisiologi fungsian ISIS Inomed Highline 32 saluran dan BrainLab Suite yang disepadukan dengan fMRI Siemens Verio 3 Tesla bersama perisian penjejak fiber (DTI) dan 12 perisian Syngo yang lain untuk memantau amalan intrabedah.

Dengan pengenalan teknologi baru, dimensi baru serta masalah baru timbul. Apabila anda mempunyai lebih banyak data, anda mempunyai lebih banyak maklumat untuk diuruskan dan taktik serta pilihan anda juga boleh terus berkembang, tetapi walaupun begitu, komplikasi akan terus kekal dan ia memerlukan jalan penyelesaian.

Kami menjemput anda untuk mengunjungi laman web kami untuk maklumat mengenai aktiviti neurosurgeri, video, peralatan neurosurgeri dan banyak lagi. Apabila anda memasuki laman web kami perlu diingati bahawa semua isi kandungan adalah dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, semua pertanyaan mesti dihantar dalam Bahasa Inggeris.

Klik disini untuk masuk!

neurosurgery

pemantauan neurofisiologi intrabedah
ISIS MER untuk DBS dan Pelesian

** PLEASE DESCRIBE THIS IMAGE ** Search neurosurgery.me mailto: drelias@go.com.jo

GALERI VIDEO PEMBEDAHAN
  GALERI VIDEO SEBELUMNYA 

  GALERI VIDEO 2000
 
GALERI VIDEO 2001
 
GALERI VIDEO 2002
 
GALERI VIDEO 2003
 
GALERI VIDEO 2004
 
GALERI VIDEO 2005
 
GALERI VIDEO 2006
 
GALERI VIDEO 2007
 
GALERI VIDEO 2008
 
GALERI VIDEO 2009 
 
GALERI VIDEO 2010
  JANUARI-2010  
 
FEBRUARI-2010 
 
MAC-2010 
  APRIL-2010 
  MEI-2010